Rabu, 3 Jun 2009

KULIAH 6

Perbentangan Proposal
oleh beberapa kumpulan yang telah dipilih oleh pensyarah

Selasa, 26 Mei 2009

KULIAH 5

Kuliah Cik Halimah Harun

Aktiviti yang dilakukan:

Aktiviti 1
Nama: Mohd Amin bin Zakaria
No. Matrik: P48668
Program: Pendidikan Islam - Sukan & Rekreasi
Kelulusan: Sarjana Muda Pengajian Islam - Syariah
Lepasan: UKM
Status: Berkahwin

Siapakah guru yang menjadi idola/suka? dan kenapa?
- Cikgu Ghani Gol
- Kerana beliau sentiasa berusaha membantu para pelajar tanpa jemu dan menggunakan pelbagai cara dan kaedah supaya kami dapat memahami topik yang diajar.

Kerana apa anda hendak jadi guru?
- kerana bidang keguruan merupakan perkongsian profesion.
- perkongsian ilmu guru kepada pelajar.

Aktiviti 2
Lukis sepohon pokok, tandatangan dan tulis tarikh lahir.

Tugasan 3
- Bentuk kumpulan terdiri 5 orang
- Buat satu proposal berkenaan dengan kajian tindakan

TUGASAN 2 (PERBANDINGAN ARTIKEL JOURNAL KAJIAN TINDAKAN)

Artikel yang dipilih ialah:
1. Using Action Research To Improve Teaching And Student Learning In College. Oleh: C.Dianne Raubenheimer And Jennifer I. Myka.
2. Interactive or inactive? A consideration the nature of interaction in whole class teaching. Oleh: Chris Burns* & Debra Myhill.
3. Action Research. Oleh: Eileen Ferrence.

Sampel
Sampel kajian yang digunakan dalam ketiga-tiga artikel:
1. Dalam artikel pertama sampel yang digunakan adalah pelajar kolej
2. Dalam artikel kedua sampel yang digunakan adalah guru dan pelajar
3. Dalam artikel ketiga sampel yang digunakan adalah pelajar

Setting
1. Lokasi kajian yang dijalankan dalam artikel pertama ialah di dalam makmal
2. Lokasi kajian yang dijalankan dalam artikel kedua ialah kajian ini dijalankan di dalam bilik darjah
3. Lokasi kajian yang dijalankan dalam artikel ketiga ialah dalam bilik darjah

Prosedur
1. Artikel pertama menggunakan prosedur:
a. menganalisis masalah
b. membuat perancangan
c. melakukan tindakan
d. melakukan pemerhatian
e. membuat refleksi

2. Artikel kedua menggunakan prosedur
a. menjalankan kajian ke atas guru berkenaan semasa proses pembelajaran di dalam kelas
b. melaksanakan mengikut perancangan yang telah di tentukan
c. melakukan siasatan sama ada apa yang telah dirancang dapat dilaksanakan atau tidak
d. melakukan penilaian terhadap perancangan sama ada berjaya atau tidak kajian ini
3. Artikel ketiga menggunakan prosedur:
a) mengenal pasti masalah yang berlaku
b) mengumpulkan dan menguruskan data
c) mentafsir data
d) melakukan tindakan berasaskan data yang diperolehi
e) melakukan refleksi

Pengumpulan dan Analisis data
1. Artikel pertama menggunakan kaedah pemerhatian
2. Artikel kedua menggunakan kaedah:
I. membuat rakaman video
II. melakukan pemerhatian
III. menemubual
IV. mengumpul hasil kerja pelajar
3. Artikel ketiga menggunakan kaedah:
i. Menemubual
ii. membuat rakaman suara
iii. melakukan soal selidik

Persamaan dan Perbezaan Prosedur
Persamaan di antara artikel-artikel tersebut antaranya ialah:
I. mengenalpasti masalah yang hendak dikaji
II. membuat perancangan
III. melakukan tindakan
IV. membuat refleksi

Perbezaan di antara artikel-artikel tersebut antaranya ialah:
I. dalam atikel pertama pengkaji melakukan pemerhatian terhadap sempel kajian
II. dalam artikel kedua pengkaji ada membuat penilaian

TUGASAN 1 (ULASAN BUKU KAJIAN TINDAKAN)

Tajuk buku : The Art Of Action Research In The Classroom
Penulis : Christine Macintyre
Tahun Diterbitkan : 2000
Penerbit : David Fulton Publishers. London.


BAB SATU
PENERANGAN KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan merupakan suatu pengkajian atau penyiasatan, di mana hasilnya pengkaji tersebut memberi fokus kepada suatu masalah (topik atau isu yang hendak dijelaskan) dan pada asas kepada maklumat tersebut, membuat perancangan ,pelaksanaan, dan penilaian kepada suatu tindakan dan seterusnya menghasilkan satu tindakan untuk membuat kesimpulan berdasarkan kepada dapatan. (Macintyre 1991)





Kepentingan literatur

1. Literatur memudahkan penyelidik untuk mencari topik yang relevan dan menarik untuk dikaji dalam konteks yang sesuai.
2. Dengan mempelajari, memilih dan melaporkan literatur yang telah digunakan, menjadikan kajian itu mempunyai nilai akademik.
3. Literatur dapat menyedarkan pembaca akan kesukaran kajian yang hendak dijalankan.


BAB DUA
PERANAN LITERATUR

Literatur dapat:
1. Menunjukkan apa yang dilakukan dalam suatu bidang itu.
2. Mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang boleh diperbaiki.
3. Menyediakan fakta-fakta permulaan bagi kajian baru.
4. Memberikan cadangan untuk merangka tindakan.
5. Memberikan justifikasi mengikut kesesuaian topik.
6. Memberikan keyakinan kepada pengkaji bahawa topik itu perlu untuk diselidiki dan berpontensi untuk menemui sesuatu yang berguna.


Bagaimana Untuk Memulakan Literatur:

Peringkat 1
Pilih bidang: Apabila suatu topik telah dipilih, langkah pertama adalah mencari pelbagai jenis perbezaan antara literatur untuk mencari apa yang telah didokumenkan dalam tempoh sepuluh tahun terakhir. Contoh: Dengan melihat perubahan dalam kelas, kita dapat menjangkakan bagaimana murid-murid hari ini berhadapan dengan senario pembelajaran semalam.


Peringkat 2:
Pilih teks yang berkaitan dengan topik yang telah dipilih termasuklah artikel-artikel atau laporan-laporan kajian yang berkaitan yang boleh dipilih. Sebagai contoh:


BAB TIGA
MEREKA SUATU SOALAN KAJIAN
Soalan kajian merupakan fokus utama pengkajian yang dilakukan oleh seseorang pengkaji. Soalan-soalan tersebut mestilah jelas, tidak mengelirukan dan asal dari pengkaji.

Salah satu cara untuk merangka soalan kajian adalah dengan menulis jawapan bagi empat soalan berikut:
1. Apakah sebenarnya yang ingin saya tahu?
2. Bagaimanakah cara teknik pengajaran saya dapat dipertingkatkan.?
3. Bagaimanakah pembelajaran murid-murid dapat dipertingkatkan?
4. Apakah strategi yang saya akan cuba laksanakan untuk mencapainya?

Pertimbangan Atika

1. Kerahsiaan
2. ketidakpastian
3. Kecenderungan
4. Kebolehcayaan.
5. Kesahihan


BAB EMPAT
PENGUMPULAN DATA

Beberapa persoalan yang perlu dipertimbangkan semasa pengumpulan data iaitu:

• Apa: Apa yang akan meliputi pengkajian anda?

• Bagaimana: Bagaimana anda mendapatkan data?

• Bila: Bila kajian akan dilakukan, berapa kerap kajian dilakukan?

• Dimana: Di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah?

• Siapa: Siapa yang akan terlibat dalam kajian anda dan bagaimana mereka itu dipilih?

• Dengan cara apa: Adakah dengan peralatan seperti video, perakam kesat, computer?

• Apa implikasinya: Sekiranya hasil dapatan menunjukan sesuatu perubahaan perlu dilakukan. Adakah perubahan perlu dilakukan? Dan sekiranya tidak, apakah yang kamu akan lakukan?

• Siapa yang perlu diberitahu: Adakah kebenaran ibubapa diperlukan? Adakah terdapat badan lain seperti PIBG perlu diberitahu?

Instrument Alat Pengumpulan Data
1.Catatan luar
2.Rakaman pita audio atau video
3.Jadual pemerhatian berstruktur
4.Soalselidik
5.Temuramah


BAB LIMA

NALISIS DATA

Perkara penting dalam menjelaskan dapatan adalah;
1. Tema: Idea-idea konsisten yang ditimbulkan.

2. Insiden: Berapa kerap sesuatu perkara itu berlaku atau bilangan jawapan soal selidik yang menyatakan perkara yang sama.

3. Corak: Masa insiden berlaku-sama ada masa tersebut bercorak tunggal atau berkelumpok tren kekerapan corak.

Keseluruhan data hendak dilaporkan dan dianalisiskan. Lain-lain jawapan boleh diterjemahkan dalam beberapa cara contohnya: Diagrem, jadual, graf, carta pai atau graf bar.Pilih kaedah yang logik dan sesuai.


BAB ENAM

PENULISAN TESIS

format laporan

Ucapan Aluan Penghargaan
Isi kandungan
Sinopsis

Isi pengenalan
Bab 1 Kajian literatur
Bab 2 Kaedah kajian
Bab 3 Konteks kajian
Bab 4 Hasil Kajian
Bab 5 Kesimpulan dan cadangan untuk penyelidikan seterusnya

Penutup ibliografi
Indeks

Selasa, 12 Mei 2009

Kuliah 3

Aktiviti Berkumpulan
Kuliah Dr. Izham bin Mohd Hamzah

Arahan: Nyatakan 8 sebab orang menentang perubahan dan sertakan sekali langkah penyelesaian.

1. Perubahan yang dianggap membawa kesan yang negatif.
2. Perubahan menyebabkan perselisihan pendapat.
3. Perubahan menuntut kepada perubahan sikap dan mentaliti sekaligus mempengaruhi zon selesa seseorang individu.
4. Perubahan yang ingin dibuat tidak mempunyai perancangan dan strategi yang meyakinkan.
5. Perubahan memerlukan kepada harga seperti kewangan dan harta benda di samping tenaga.
6. Perubahan yang hanya mementingkan golongan tertentu sahaja.
7. Perubahan yang drastik, tergesa-gesa (tanpa perancangan teliti)

Cara Penyelesaian:

Perubahan memerlukan kepada pengorbanan dari beberapa aspek. Perubahan juga kadang-kadang berdepan dengan risiko kegagalan sebelum menemui keberhasilan dan kejayaan. Dalam konteks ini, semua pihak perlu sedar perubahan yang ingin dibuat memerlukan kepada persetujuan dan sokongan sebulat suara sebelum melaksanakannya. Walaubagaimanapun, perancangan yang teliti perlu dibuat dalam melakukan sesuatu perubahan yang mana mengambil kira kepentingan semua pihak agar ia dapat diterima baik dan dapat dijalankan dengan sepenuh hati. Perubahan ini juga perlu dipantau dari semasa ke semasa untuk melihat keberhasilannya. Hakikatnya, kita perlu sedar setiap perubahan yang dilakukan tidaklah sempurna. ia adat kebiasaan setiap perubahan yang telah dibuat pastinya mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri dan dalam konteks ini kita tidak seharusnya menuding jari menyalahkan satu sama lain tetapi cuba mencari jalan penyelesaian bersama-sama dalam memperbaiki perubahan yang telah dibuat.
Kuliah 4
11/05/09
oleh: Dr. Siti Fatimah Binti Mohd Yassin

Hikmat
Pengetahuan
maklumat
Data

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN:
- Guru meneliti, menyelidik, mengkaji secara sistematik ke atas sesuatu amalan bagi tujuan penambahbaikan bagaimana sesuatu kemahiran, teknik, strategi dapat dipertingkatkan dan memberi impak kepada perkembangan pelajar.

Jenis-jenis Kajian Tindakan
1. Individu
2. Koloboratif
3. Peringkat daerah
4. Peringkat sekolah

MEMBANDING DAN MEMBEZA
iaitu mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti sifat, dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.

Langkah Penggunaan
Perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa ciri kajian tindakan (sampel, prosedur, pengumpulan.

MENGANALISIS
Mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.

Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian dan memahami prinsip yang terlibat.

Menganalisis ialah sesuatu kemahiran yang kompleks, menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

MENILAI
Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah

MEMBuAT KESIMPLAN
Membuat penyatuan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.

MENGSINTESIS
Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh.

Rabu, 6 Mei 2009

KULIAH 1
20/04/2009
Oleh: Dr. Siti Fatimah bt. Mohd Yassin

Struktur Kursus Kajian Tindakan
Tugasan I (10%)
- 1 ulasan buku – tarikh akhir hantar 25 MEI.
- Sila ulas buku:
- Perlu berbentuk kajian tindakan.
- Pengumpulan dan pengulasan data.
- Laporan dalam blog.

Tugasan II (10%)
- Ulasan dan analisis artikal, jurnal kajian tindakan. Tarikh akhir hantar 25 MEI.
- Dapatkan 3 artikal atau jurnal.
- Lakukan perbandingan (persamaan & perbezaan) dari segi prosedur kajian tindakan yang dilakukan dan laporkan dalam blog.
- Upload semua artikal dalam yahoo group.

Tugasan III (5%)
- Laporan artikal seminar.
- Seminar pendidikan serantau (penyertaan) dan laporan dihantar semasa seminar.
- Seminar Pendidikan Siswazah Kebangsaan (penyertaan)

Tugasan IV (15%)
- Projek mini kajian tindakan A (berpasukan)
- Tarikh akhir hantar 29 JUN dan 6 JULAI.
- Lakukan 1 kajian tindakan koloboratif dalam kelas pengajaran makro dan mikro.
- Laporkan dalam bentuk artikal kertas seminar dan dibentangkan pada minggu 11 dan 12.

Tugasan V (30%)
- Projek kajian tindakan koloboratif B (berpasukan)
- dilakukan di sekolah semasa latihan mengajar.
- Laporkan dalam bentuk artikal kertas seminar dan dibentangkan pada kolokium DPLI 30-31 OKT.

Final exam (30%)

Kajian ialah langkah-langkah yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisa data untuk mendapatkan dan meningkatkan kefahaman dalam sesuatu topik.

Tindakan ialah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengumpul data, memantau apa yang dirancang terlaksana dan menilai samada apa yang dirancang dan dilaksanakan mencapai.
Adler, Shani & Styhre (2004), menyatakan kajian tindakan sebagai “penyelidikan dalam tindakan bukannya penyelidikan tentang tindakan”.

Data
Adalah bahan maklumat yang belum diproses.

Proses kajian
1. Kemukakan soalan.
-apa yang hendak dikaji.
2. Kumpul data untuk menjawab soalan.
3. Mengemukakan jawapan kepada soalan.

Proses Kajian Umum








KULIAH 2
27/04/2009
Oleh: Dr. Siti Fatimah bt. Mohd Yassin

Aktiviti 1
(Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru, refleksi ke atas masalah dalam diri anda).

Pada 15 April 2009, saya telah mengikuti Program Bina Insan Guru yang telah diadakan di Pulau Pangkor, Perak selama 5 hari 4 malam. Semasa mengikuti program tersebut, saya dapati ada kelemhan dalam diri saya antaranya berkaitan tentang ketepatan masa dan kelemahan dalam kepimpinan. Selepas mengikuti BIG II, telah terhasil semangat kerjasama, sifat toleransi, tolong- menolong, berani mencuba dan ada keyakinan diri.

Cadangan Penambahbaikan yang Perlu Dilakukan
I. Saya akan memastikan segala jadual yang telah disediakan diikuti dengan baik dan akan cuba memastikan setiap kerja yang diberikan tidak dilengah-lengahkan.
II. Saya akan memegang satu jawatan sebagai pengarah sesuatu program bagi membaiki kelemahan kepimpinan pada diri saya.
III. Melakukan pekerjaan dengan cara berkerjasama antara rakan-rakan.
IV. Akan sentiasa membantu rakan-rakan yang memerlukan bantuan.

Matlamat (umum)
Supaya menjadi seorang manusia yang berdisiplin, bertanggungjawab dan serba boleh samada sebagai seorang guru atau sebagai seorang pemimpin.

Objektif
1. Menjadi seorang guru yang versatile dan holistic.
2. Menjadi seorang guru yang lebih bertanggungjawab, jujur, amanah, tabligh, dan fatonah.
3. Menjadi seorang guru yang mudah untuk didampingi, mesra, ramah dan humor.

Langkah-langkah yang Perlu diambil
1. Menggunakan segala kemahiran yang ada untuk menyerlahkan lagi keyakinan dalam diri.
2. Selalu berkomunikasi dengan cara yang sesuai sebagai seorang guru.
3. Berani mengemukakan pandangan dan pendapat dalam sesuatu perbincangan ataupun mesyuarat.
4. Sentiasa ringan tulang untuk membantu sesiapa yang memerlukan bantuan.
5. Melakukan tugasan yang diberikan dengan penuh rasa tanggungjawab.

Aktiviti II
(1 kumpulan 3 orang, lantik ketua, pencatat dan pembentang - Selepas mengikuti kursus kaedah mengajar, refleksi ke atas masalah dan penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk. Cadangkan satu strategi kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut.)

Kelemahan
Masalah yang dihadapi antaranya ialah penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan penggunaan teori-teori psikologi pendidikan dalam kaedah pengajaran.

Penambahbaikan
I. Memahami kehendak sebenar dan cara-cara penulisan RPH yang sebenar.
II. Memahami teori-teori pendidikan yang bersesuaian, yang akan digunakan dalam pengajaran.
III. Memahami kaedah-kaedah yang akan digunakan dan dapat diaplikasikan dalam bilik darjah.

Matlamat
Supaya pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan dalam bilik darjah mengikut teori-teori pendidikan yang sesuai dan objektif-objektif pengajaran dapat dicapai oleh semua pelajar.

Objektif
1. Pelajar dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan penuh minat.
2. Pelajar dapat mengikuti dan memahami pelajaran yang diajar.
3. Teori-teori yang digunakan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan dengan betul.

Pelan Tindakan
Langkah-langkah yang diambil:
I. Memahami dengan baik setiap teori yang akan digunakan dalam pengajaran.
II. Menggunakan teori-teori yang pelbagai dalam kaedah pengajaran.
III. Sentiasa membuat penilaian formatif selepas sesuatu pengajaran dijalankan.


KULIAH 2
04/05/2009
Oleh: Dr. Mohd Izham Mohd Hamzah