Rabu, 6 Mei 2009

KULIAH 1
20/04/2009
Oleh: Dr. Siti Fatimah bt. Mohd Yassin

Struktur Kursus Kajian Tindakan
Tugasan I (10%)
- 1 ulasan buku – tarikh akhir hantar 25 MEI.
- Sila ulas buku:
- Perlu berbentuk kajian tindakan.
- Pengumpulan dan pengulasan data.
- Laporan dalam blog.

Tugasan II (10%)
- Ulasan dan analisis artikal, jurnal kajian tindakan. Tarikh akhir hantar 25 MEI.
- Dapatkan 3 artikal atau jurnal.
- Lakukan perbandingan (persamaan & perbezaan) dari segi prosedur kajian tindakan yang dilakukan dan laporkan dalam blog.
- Upload semua artikal dalam yahoo group.

Tugasan III (5%)
- Laporan artikal seminar.
- Seminar pendidikan serantau (penyertaan) dan laporan dihantar semasa seminar.
- Seminar Pendidikan Siswazah Kebangsaan (penyertaan)

Tugasan IV (15%)
- Projek mini kajian tindakan A (berpasukan)
- Tarikh akhir hantar 29 JUN dan 6 JULAI.
- Lakukan 1 kajian tindakan koloboratif dalam kelas pengajaran makro dan mikro.
- Laporkan dalam bentuk artikal kertas seminar dan dibentangkan pada minggu 11 dan 12.

Tugasan V (30%)
- Projek kajian tindakan koloboratif B (berpasukan)
- dilakukan di sekolah semasa latihan mengajar.
- Laporkan dalam bentuk artikal kertas seminar dan dibentangkan pada kolokium DPLI 30-31 OKT.

Final exam (30%)

Kajian ialah langkah-langkah yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisa data untuk mendapatkan dan meningkatkan kefahaman dalam sesuatu topik.

Tindakan ialah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengumpul data, memantau apa yang dirancang terlaksana dan menilai samada apa yang dirancang dan dilaksanakan mencapai.
Adler, Shani & Styhre (2004), menyatakan kajian tindakan sebagai “penyelidikan dalam tindakan bukannya penyelidikan tentang tindakan”.

Data
Adalah bahan maklumat yang belum diproses.

Proses kajian
1. Kemukakan soalan.
-apa yang hendak dikaji.
2. Kumpul data untuk menjawab soalan.
3. Mengemukakan jawapan kepada soalan.

Proses Kajian Umum








KULIAH 2
27/04/2009
Oleh: Dr. Siti Fatimah bt. Mohd Yassin

Aktiviti 1
(Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru, refleksi ke atas masalah dalam diri anda).

Pada 15 April 2009, saya telah mengikuti Program Bina Insan Guru yang telah diadakan di Pulau Pangkor, Perak selama 5 hari 4 malam. Semasa mengikuti program tersebut, saya dapati ada kelemhan dalam diri saya antaranya berkaitan tentang ketepatan masa dan kelemahan dalam kepimpinan. Selepas mengikuti BIG II, telah terhasil semangat kerjasama, sifat toleransi, tolong- menolong, berani mencuba dan ada keyakinan diri.

Cadangan Penambahbaikan yang Perlu Dilakukan
I. Saya akan memastikan segala jadual yang telah disediakan diikuti dengan baik dan akan cuba memastikan setiap kerja yang diberikan tidak dilengah-lengahkan.
II. Saya akan memegang satu jawatan sebagai pengarah sesuatu program bagi membaiki kelemahan kepimpinan pada diri saya.
III. Melakukan pekerjaan dengan cara berkerjasama antara rakan-rakan.
IV. Akan sentiasa membantu rakan-rakan yang memerlukan bantuan.

Matlamat (umum)
Supaya menjadi seorang manusia yang berdisiplin, bertanggungjawab dan serba boleh samada sebagai seorang guru atau sebagai seorang pemimpin.

Objektif
1. Menjadi seorang guru yang versatile dan holistic.
2. Menjadi seorang guru yang lebih bertanggungjawab, jujur, amanah, tabligh, dan fatonah.
3. Menjadi seorang guru yang mudah untuk didampingi, mesra, ramah dan humor.

Langkah-langkah yang Perlu diambil
1. Menggunakan segala kemahiran yang ada untuk menyerlahkan lagi keyakinan dalam diri.
2. Selalu berkomunikasi dengan cara yang sesuai sebagai seorang guru.
3. Berani mengemukakan pandangan dan pendapat dalam sesuatu perbincangan ataupun mesyuarat.
4. Sentiasa ringan tulang untuk membantu sesiapa yang memerlukan bantuan.
5. Melakukan tugasan yang diberikan dengan penuh rasa tanggungjawab.

Aktiviti II
(1 kumpulan 3 orang, lantik ketua, pencatat dan pembentang - Selepas mengikuti kursus kaedah mengajar, refleksi ke atas masalah dan penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk. Cadangkan satu strategi kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut.)

Kelemahan
Masalah yang dihadapi antaranya ialah penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan penggunaan teori-teori psikologi pendidikan dalam kaedah pengajaran.

Penambahbaikan
I. Memahami kehendak sebenar dan cara-cara penulisan RPH yang sebenar.
II. Memahami teori-teori pendidikan yang bersesuaian, yang akan digunakan dalam pengajaran.
III. Memahami kaedah-kaedah yang akan digunakan dan dapat diaplikasikan dalam bilik darjah.

Matlamat
Supaya pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan dalam bilik darjah mengikut teori-teori pendidikan yang sesuai dan objektif-objektif pengajaran dapat dicapai oleh semua pelajar.

Objektif
1. Pelajar dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan penuh minat.
2. Pelajar dapat mengikuti dan memahami pelajaran yang diajar.
3. Teori-teori yang digunakan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan dengan betul.

Pelan Tindakan
Langkah-langkah yang diambil:
I. Memahami dengan baik setiap teori yang akan digunakan dalam pengajaran.
II. Menggunakan teori-teori yang pelbagai dalam kaedah pengajaran.
III. Sentiasa membuat penilaian formatif selepas sesuatu pengajaran dijalankan.


KULIAH 2
04/05/2009
Oleh: Dr. Mohd Izham Mohd Hamzah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan