Selasa, 12 Mei 2009

Kuliah 4
11/05/09
oleh: Dr. Siti Fatimah Binti Mohd Yassin

Hikmat
Pengetahuan
maklumat
Data

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN:
- Guru meneliti, menyelidik, mengkaji secara sistematik ke atas sesuatu amalan bagi tujuan penambahbaikan bagaimana sesuatu kemahiran, teknik, strategi dapat dipertingkatkan dan memberi impak kepada perkembangan pelajar.

Jenis-jenis Kajian Tindakan
1. Individu
2. Koloboratif
3. Peringkat daerah
4. Peringkat sekolah

MEMBANDING DAN MEMBEZA
iaitu mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti sifat, dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.

Langkah Penggunaan
Perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa ciri kajian tindakan (sampel, prosedur, pengumpulan.

MENGANALISIS
Mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.

Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian dan memahami prinsip yang terlibat.

Menganalisis ialah sesuatu kemahiran yang kompleks, menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

MENILAI
Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah

MEMBuAT KESIMPLAN
Membuat penyatuan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.

MENGSINTESIS
Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan