Selasa, 26 Mei 2009

TUGASAN 1 (ULASAN BUKU KAJIAN TINDAKAN)

Tajuk buku : The Art Of Action Research In The Classroom
Penulis : Christine Macintyre
Tahun Diterbitkan : 2000
Penerbit : David Fulton Publishers. London.


BAB SATU
PENERANGAN KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan merupakan suatu pengkajian atau penyiasatan, di mana hasilnya pengkaji tersebut memberi fokus kepada suatu masalah (topik atau isu yang hendak dijelaskan) dan pada asas kepada maklumat tersebut, membuat perancangan ,pelaksanaan, dan penilaian kepada suatu tindakan dan seterusnya menghasilkan satu tindakan untuk membuat kesimpulan berdasarkan kepada dapatan. (Macintyre 1991)





Kepentingan literatur

1. Literatur memudahkan penyelidik untuk mencari topik yang relevan dan menarik untuk dikaji dalam konteks yang sesuai.
2. Dengan mempelajari, memilih dan melaporkan literatur yang telah digunakan, menjadikan kajian itu mempunyai nilai akademik.
3. Literatur dapat menyedarkan pembaca akan kesukaran kajian yang hendak dijalankan.


BAB DUA
PERANAN LITERATUR

Literatur dapat:
1. Menunjukkan apa yang dilakukan dalam suatu bidang itu.
2. Mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang boleh diperbaiki.
3. Menyediakan fakta-fakta permulaan bagi kajian baru.
4. Memberikan cadangan untuk merangka tindakan.
5. Memberikan justifikasi mengikut kesesuaian topik.
6. Memberikan keyakinan kepada pengkaji bahawa topik itu perlu untuk diselidiki dan berpontensi untuk menemui sesuatu yang berguna.


Bagaimana Untuk Memulakan Literatur:

Peringkat 1
Pilih bidang: Apabila suatu topik telah dipilih, langkah pertama adalah mencari pelbagai jenis perbezaan antara literatur untuk mencari apa yang telah didokumenkan dalam tempoh sepuluh tahun terakhir. Contoh: Dengan melihat perubahan dalam kelas, kita dapat menjangkakan bagaimana murid-murid hari ini berhadapan dengan senario pembelajaran semalam.


Peringkat 2:
Pilih teks yang berkaitan dengan topik yang telah dipilih termasuklah artikel-artikel atau laporan-laporan kajian yang berkaitan yang boleh dipilih. Sebagai contoh:


BAB TIGA
MEREKA SUATU SOALAN KAJIAN
Soalan kajian merupakan fokus utama pengkajian yang dilakukan oleh seseorang pengkaji. Soalan-soalan tersebut mestilah jelas, tidak mengelirukan dan asal dari pengkaji.

Salah satu cara untuk merangka soalan kajian adalah dengan menulis jawapan bagi empat soalan berikut:
1. Apakah sebenarnya yang ingin saya tahu?
2. Bagaimanakah cara teknik pengajaran saya dapat dipertingkatkan.?
3. Bagaimanakah pembelajaran murid-murid dapat dipertingkatkan?
4. Apakah strategi yang saya akan cuba laksanakan untuk mencapainya?

Pertimbangan Atika

1. Kerahsiaan
2. ketidakpastian
3. Kecenderungan
4. Kebolehcayaan.
5. Kesahihan


BAB EMPAT
PENGUMPULAN DATA

Beberapa persoalan yang perlu dipertimbangkan semasa pengumpulan data iaitu:

• Apa: Apa yang akan meliputi pengkajian anda?

• Bagaimana: Bagaimana anda mendapatkan data?

• Bila: Bila kajian akan dilakukan, berapa kerap kajian dilakukan?

• Dimana: Di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah?

• Siapa: Siapa yang akan terlibat dalam kajian anda dan bagaimana mereka itu dipilih?

• Dengan cara apa: Adakah dengan peralatan seperti video, perakam kesat, computer?

• Apa implikasinya: Sekiranya hasil dapatan menunjukan sesuatu perubahaan perlu dilakukan. Adakah perubahan perlu dilakukan? Dan sekiranya tidak, apakah yang kamu akan lakukan?

• Siapa yang perlu diberitahu: Adakah kebenaran ibubapa diperlukan? Adakah terdapat badan lain seperti PIBG perlu diberitahu?

Instrument Alat Pengumpulan Data
1.Catatan luar
2.Rakaman pita audio atau video
3.Jadual pemerhatian berstruktur
4.Soalselidik
5.Temuramah


BAB LIMA

NALISIS DATA

Perkara penting dalam menjelaskan dapatan adalah;
1. Tema: Idea-idea konsisten yang ditimbulkan.

2. Insiden: Berapa kerap sesuatu perkara itu berlaku atau bilangan jawapan soal selidik yang menyatakan perkara yang sama.

3. Corak: Masa insiden berlaku-sama ada masa tersebut bercorak tunggal atau berkelumpok tren kekerapan corak.

Keseluruhan data hendak dilaporkan dan dianalisiskan. Lain-lain jawapan boleh diterjemahkan dalam beberapa cara contohnya: Diagrem, jadual, graf, carta pai atau graf bar.Pilih kaedah yang logik dan sesuai.


BAB ENAM

PENULISAN TESIS

format laporan

Ucapan Aluan Penghargaan
Isi kandungan
Sinopsis

Isi pengenalan
Bab 1 Kajian literatur
Bab 2 Kaedah kajian
Bab 3 Konteks kajian
Bab 4 Hasil Kajian
Bab 5 Kesimpulan dan cadangan untuk penyelidikan seterusnya

Penutup ibliografi
Indeks

Tiada ulasan:

Catat Ulasan